Selasa, 10 Ogos 2010

GOTONG ROYONG






MAJLIS GOTONG-ROYONG KEBERSIHAN DAN CERAMAH KESIHATAN

PERINGKAT TAMAN DAIMAN JAYA 2010

Kota Tinggi. Jawatan Kuasa Penduduk Taman Daiman Jaya bersama Majlis Daerah Kota Tinggi telah menganjurkan majlis gotong-royong kebersihan dan ceramah kesihatan pada hari Ahad 8 Ogos yang lepas. Majlis ini telah dijayakan bersama Mohd Saad bin Sahmim selaku Ahli Majlis bagi kawasan taman tersebut. Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 11.00 pagi. Pada majlis itu juga diadakan penyerahan tong sampah percuma oleh Majlis Daerah Kota Tinggi kepada semua pembayar cukai di taman tersebut.

Selain mendidik masyarakat tentang faktor kebersihan dan alam sekitar, majlis tersebut telah berjaya menyuntik semangat kejiranan yang baik. Mohd Saad dalam ucapannya telah menyarankan agar penduduk yang mempunyai sebarang masalah yang berkaitan dengan taman supaya dapat berhubung dengan Jawatan Kuasa Penduduk yang telah dibentuk untuk disampaikan kepada beliau.

Aslahuddin bin Marzuki selaku pengerusi Jawatan Kuasa Penduduk menyeru agar semua penduduk tidak mengira kaum dapat memberikan kerjasama dalam apa jua program yang dilaksanakan semoga gagasan 1 Malaysia dapat dicapai.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Razali bin Abdul Hamid telah memberikan ceramah tentang demam denggi. Beliau menyeru supaya penduduk bersama-sama membenteras penularan demam denggi bermula dari rumah masing-masing. Menurut beliau lagi, jika di rumah tiada tempat pembiakan nyamuk aedes maka tiadalah denggi.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan