Khamis, 19 Ogos 2010

Marhaban ya Ramadhan...

Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, penduduk Islam taman akan mengadakan beberapa aktiviti rutin iaitu solat tarawih berjemaah di musola, tilawah alQuran di mana agihan juzuk akan dibuat kepada jemaah, khatam alQuran pada 2 September bermula 6.30 petang, sumbangan kepada anggota penduduk yang sakit dan kematian.

Majlis marhaban rumah ke rumah akan dimulakan seawal seminggu Syawal manakala perjumpaan 1Malaysia bakal diadakan juga selepas itu.

Bagi penduduk-penduduk yang hendak beramal dengan menyumbang khususnya tabung musola sempena bulan barakah ini, jawatan kuasa mendoakan semoga Allah swt merahmati dan memberkati keluarga mereka. Sumbangan bolehlah dihulurkan melalui ajk berikut:

Selasa, 10 Ogos 2010

GAMBAR-GAMBAR GOTONG ROYONG 2010










Menjaga kebersihan persekitaran seharusnya menjadi tanggungjawab setiap penduduk.
Program begini sudah tentunya dapat merapatkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk
Taman kelihatan lebih ceria dan jauh daripada segala penyakit insyaallah.


GOTONG ROYONG






MAJLIS GOTONG-ROYONG KEBERSIHAN DAN CERAMAH KESIHATAN

PERINGKAT TAMAN DAIMAN JAYA 2010

Kota Tinggi. Jawatan Kuasa Penduduk Taman Daiman Jaya bersama Majlis Daerah Kota Tinggi telah menganjurkan majlis gotong-royong kebersihan dan ceramah kesihatan pada hari Ahad 8 Ogos yang lepas. Majlis ini telah dijayakan bersama Mohd Saad bin Sahmim selaku Ahli Majlis bagi kawasan taman tersebut. Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 11.00 pagi. Pada majlis itu juga diadakan penyerahan tong sampah percuma oleh Majlis Daerah Kota Tinggi kepada semua pembayar cukai di taman tersebut.

Selain mendidik masyarakat tentang faktor kebersihan dan alam sekitar, majlis tersebut telah berjaya menyuntik semangat kejiranan yang baik. Mohd Saad dalam ucapannya telah menyarankan agar penduduk yang mempunyai sebarang masalah yang berkaitan dengan taman supaya dapat berhubung dengan Jawatan Kuasa Penduduk yang telah dibentuk untuk disampaikan kepada beliau.

Aslahuddin bin Marzuki selaku pengerusi Jawatan Kuasa Penduduk menyeru agar semua penduduk tidak mengira kaum dapat memberikan kerjasama dalam apa jua program yang dilaksanakan semoga gagasan 1 Malaysia dapat dicapai.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Razali bin Abdul Hamid telah memberikan ceramah tentang demam denggi. Beliau menyeru supaya penduduk bersama-sama membenteras penularan demam denggi bermula dari rumah masing-masing. Menurut beliau lagi, jika di rumah tiada tempat pembiakan nyamuk aedes maka tiadalah denggi.






JAWATAN KUASA PENDUDUK TAMAN DAIMAN JAYA 2010-2012

Pengerusi

En Aslahuddin b Marzuki

0197321324

NaibPengerusi

En Nagappan a/l Murugesu

0127291263

Setiausaha

Tn Hj Johan b Ahmad

0137829464

Penolong Setiausaha

Tn Hj Noridin b Samian

0129375567

Bendahari

En Mohd Fuad b Darusman

0137123646

Biro Keselamatan

En Muhammad Lutfi b Abdul Ghani (Pengerusi)

En Muhammad Fikry b Zahry

En Rohaimi b Abd Wahid

Tn Hj Noridin b Samian

0197618846

0126721995

0197041613

0129375567

Biro Ekonomi

En Tan Kwang Hwa (Pengerusi)

En Mohd Faizuldin b Simin

En Azmi b Aman

En Rosman b Kadri

0127042780

0192122425

0197763305

0197201372

Biro Sosial,

Kemasyarakatan dan Kebajikan

En Bock Tye Boo (Pengerusi)

Tn Hj Tukeemin b Sarkam

En Mohd Fahmi b Mohd Taib

En Zaini b Ali

0127276469

0197763169

0199611425

Biro Kebersihan, Keceriaan,

Kesihatan dan Keindahan

En Ibrahim b Chekku (Pengerusi)

En Mohd Faisal b Abd Rahman

En Jahairi b Muhamad

0137256802

0197939139

0137094302

Biro Belia dan

Sukan

En Ramle b Ahmad (Pengerusi)

En Khairuddin b Othman

En Mohd Ali b Abu Bakar

En Sahri b Amir

0197460089

0137256802

0127337517

0197899187

Biro Pendidikan

Ustaz Shahrul Azahar b Mastam (Pengerusi)

Tn Hj Songip b Bongkik

Pn Hamidah bt Alias

0197841719

0137224228